Pemandu mabuk, mat rempit ditahan, kenderaan disita

Sebanyak 253 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama tiga hari di sekitar ibu negara sejak Jumaat.
Sebanyak 253 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama tiga hari di sekitar ibu negara sejak Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengeluarkan sebanyak 253 saman dan menahan 17 lelaki dalam operasi hujung minggu di beberapa laluan utama di ibu negara bermula Jumaat.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi tiga hari bermula jam 10 malam hingga 4 pagi itu dijalankan di sekitar pusat bandar, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Lebuh Daya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

"Saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dan 12 buah motosikal disita atas kesalahan mengubah suai ekzos manakala empat buah kereta disita atas kesalahan mengubah suai kenderaan.

"Seramai 13 lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 21 hingga 44 tahun didapati melakukan kesalahan di bawah Sek 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sarifudin memberitahu, melalui operasi sama, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 16 hingga 26 tahun yang menunggang secara berbahaya sambil bersaing dan melakukan aksi zig-zag, roket dan 'Superman'.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Artikel Berkaitan: