Bernas kongsi kegembiraan Ramadan bersama warga pesawah, asnaf

Bernas turut memberikan isentif kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan kilang operasinya di Perlis bagi mengimarahkan lagi aktiviti mereka.
Bernas turut memberikan isentif kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan kilang operasinya di Perlis bagi mengimarahkan lagi aktiviti mereka.
A
A
A

KUALA PERLIS - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meraikan lebih 150 pesawah, 80 keluarga asnaf, termasuk 40 anak-anak pesawah serta 10 buah masjid di sekitar Perlis melalui program IKHLAS Ramadan.

Ketua Jabatan Operasi Kilang Bernas, Mohamad Solhi Mohd Saleh berkata, program tersebut yang dianjurkan sejak 2016 bertujuan berkongsi kegembiraan serta menceriakan golongan kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf.

Menurutnya, IKHLAS Ramadan memfokuskan kepada golongan pesawah yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan industri padi dan beras negara dengan menerima sumbangan pembelian baju raya kepada anak-anak, serta set barangan keperluan asas seperti beras dan biskut raya pada tahun ini.

Anak anak pesawah dan komuniti di Perlis dibawa membeli belah bagi persiapan menyambut Aidilfitri di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) IKHLAS Ramadan oleh Bernas.
Anak anak pesawah dan komuniti di Perlis dibawa membeli belah bagi persiapan menyambut Aidilfitri di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) IKHLAS Ramadan oleh Bernas.

"Program seumpama ini kami jalankan pada setiap tahun untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan mewujudkan semangat ‘kekeluargaan’ bersama masyarakat dan warga pesawah di seluruh kawasan operasi syarikat.

“Pada bulan Ramadan tahun ini, Bernas terus menggiatkan program-program amal jariah dengan pelbagai perancangan termasuklah agihan bubur lambuk, beras dan barangan keperluan harian kepada masyarakat asnaf yang memerlukan," katanya di Masjid Al-Firdaus, KampungPadang Besar Selatan, dekat sini pada petang Sabtu.

Mohamad Solhi berkata, seramai 80 penduduk asnaf dari kalangan kariah Masjid Al-Firdaus telah dipilih untuk menerima sumbangan barangan menerusi zakat wakalah perniagaan Bernas.

Menurutnya, majlis berbuka puasa turut dimeriahkan dengan kehadiran 150 pesawah dari Komuniti Industri Tani Bernas, atau lebih dikenali sebagai Kita.

Artikel Berkaitan:

"Pelbagai inisiatif bersama pesawah telah dirancang, terutamanya melalui program Kita. Penganjuran majlis berbuka puasa pada malam ini menjadi satu platform untuk kami menyatakan penghargaan kepada komuniti tani yang banyak berjasa kepada industri," ujarnya.

Selain itu, 10 buah masjid di sekitar pusat operasi Bernas di Perlis juga turut menerima wang insentif bagi mengimarahkan lagi aktiviti yang dijalankan oleh mereka.