Hatrik Ronaldo julang United

Ronaldo dengan gaya tersendiri ketika meraikan jaringannya di Old Trafford sebentar tadi.
Ronaldo dengan gaya tersendiri ketika meraikan jaringannya di Old Trafford sebentar tadi.
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo memastikan Manchester United meraih tiga mata berharga selepas meledak hatrik bagi membantu kemenangan 3-2 ke atas Norwich City di Old Trafford sebentar tadi.

United bermula garang di hadapan penyokong mereka sendiri apabila Ronaldo membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh hasil peluang yang dicipta pemain muda, Elanga.

Ronaldo terus menceriakan penyokong The Red Devils apabila menyumbat gol kedua peribadinya apabila menyudahkan umpanan Alex Telles pada minit ke-32.

Norwich berjaya merapatkan jurang apabila Kieran Doyle menyudahkan peluang yang dicipta Teemu Pukki pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Norwich tampak lebih bersemangat untuk mendapatkan gol sebelum mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi Pukki.

Ronaldo memastikan United kembali di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma deras pada minit ke-76.

Tottenham Hotspur pula gagal mengukuhkan cengkaman di tangga keempat selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Brighton di laman sendiri.

Pada ketika kedua-dua pasukan dilihat akan berkongsi satu mata, Spurs dikecewakan menerusi jaringan kemenangan Leondro Trossard pada penghujung perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Anak-anak buah Antonio Conte kini hanya berkelebihan tiga mata di depan United apabila kekal dengan mengumpul 57 mata selepas mengharungi 32 perlawanan.