Dua mangsa bot karam ditemui lemas

Mayat mangsa ditemui pasukan keselamatan di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata, Semporna.
Mayat mangsa ditemui pasukan keselamatan di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Dua mangsa terakhir yang hilang akibat bot karam ditemui lemas di perairan Kampung Tandoan, pagi Sabtu.

Mayat mangsa Noranis Harimalam, 14, dan seorang lagi dikenali sebagai Aiman, 6, ditemui pada jam 7.50 pagi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, usaha mengambil mayat mangsa sedang dilakukan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan bersama oleh penduduk kampung di perairan Tandoan iaitu sekitarPulau Timbu Mata," katanya ketika dihubungi.

Susulan penemuan kedua-dua mangsa menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang lemas seramai tujuh orang.

Dalam kejadian Khamis lalu, bot yang dinaiki 21 penumpang karam selepas dipukul ombak dan terbalik.

Akibat kejadian itu, lima mangsa telah ditemui lemas manakala 14 lagi selamat dan dua dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan: