Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis siasat lelaki 'makan angin' atas kereta sedang bergerak

Video tular seorang lelaki duduk dan baring atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban, Batu Anam, Segamat, baru-baru ini.
Video tular seorang lelaki duduk dan baring atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban, Batu Anam, Segamat, baru-baru ini.
A
A
A

SEGAMAT - Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki 'makan angin' dengan duduk dan baring di atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer 210 Jalan Johor Bahru-Seremban, Batu Anam di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu selepas video berkenaan tular di media sosial ketika ini.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9 April lalu kira-kira jam 6 petang di jalan berkenaan.

"Kejadian berlaku ketika pemandu kereta memandu perlahan dan secara tiba-tiba, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman telah menaiki bahagian bonet belakang keretanya dan enggan turun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, pemandu berkenaan tidak memberhentikan kereta dan terus memandu kerana bimbang keselamatan keluarganya yang turut berada dalam kenderaan berkenaan.

Beliau berkata, tidak berapa lama kemudian selepas beberapa kilometer, lelaki berkenaan turun berhampiran pekan Gemas.

"Kita syaki lelaki berkenaan tidak siuman dan sehingga kini masih mencarinya untuk siasatan. Kes masih lagi dalam siasatan," katanya.

Sebelum ini, tular video seorang lelaki duduk dan baring di atas sebuah kereta sedang bergerak dipercayai dari pekan Batu Anam ke pekan Gemas.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 1 minit 48 saat itu mula dikongsi orang ramai di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk mendakwa lelaki terbabit sedang lalok.