Keputusan MKT UMNO wajib diterima demi perpaduan parti

Armand Azha
Armand Azha
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri wajib diterima semua ahli demi mengukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli MKT UMNO, Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kini bukan lagi masa sesuai untuk berbalah, berpecah, mempertikaikan antara satu sama lain, menebuk kapal daripada dalam dan mencipta persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.

“Yang pasti kita harus mengenali musuh utama kita iaitu Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN), bukan sesama kita dalam keluarga UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Ini adalah keputusan rasmi parti yang telah diputuskan secara sebulat suara semangat kekeluargaan UMNO dalam hala tuju ke arah PRU15.

“Keputusan yang dibuat ini seharusnya wajib diterima oleh keluarga besar UMNO atas semangat pengukuhan, penyatuan, perdamaian, perpaduan dan kekuatan parti dalam menuju ke arah PRU15,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, katanya, MKT memutuskan untuk tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai ini.

Tambahnya, pembentangan Akta Anti Lompat Parti juga mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi.

Artikel Berkaitan: