MKT UMNO setuju Ismail Sabri calon PM hadapi PRU15

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis sebulat suara bersetuju supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat MKT yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabat UMNO.

Ahmad berkata, mesyuarat berkenaan juga membuat ketetapan mengenai kedudukan perjanjian persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir pada 31 Julai depan tidak akan disambung.

"Pembentangan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong tanpa kompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan lain.

"UMNO berpendirian bahawa akta berkenaan mesti segera direalisasikan sebagai manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung 2021, satu Perhimpunan Agung Khas akan diadakan pada 14 Mei depan bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Beliau berkata, pada hari sama juga akan diadakan sambutan Hari Raya UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan: