Artis berpolitik perlu berjuang hingga jadi Top 5

Hans Isaac, Afdlin Shauki, Altimet
Hans Isaac, Afdlin Shauki, Altimet
A
A
A

SHAH ALAM- Penglibatan artis terkenal tanah air dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 dilihat satu perkembangan menarik apabila mereka cuba menempatkan diri dalam kepimpinan parti politik.

Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib berkata, selain menjadi daya penarik kepada parti, golongan ini dilihat cuba membawa satu dimensi baharu.


Dr Md Shukri Shuib
Dr Md Shukri Shuib

“Kalau kita lihat, ramai golongan seni berada dalam politik tetapi mereka tiada lonjakan sampai menjadi orang kanan, sehingga Naib Presiden, Timbalan Presiden dan sebagainya.

“Mereka hanya memperlengkapkan aktiviti parti sahaja. Kalau dalam konteks itu, mungkin artis-artis perlu berjuang sehingga menempatkan diri mereka ke peringkat lima tertinggi baru nampak keutuhan penglibatan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Tiga artis terkenal iaitu aktor dan penerbit, Datuk Hans Isaac dan rakan baiknya, Datuk Afdlin Shauki yang juga pelakon dan pengarah serta penyanyi terkenal, Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman akan bertanding dalam Pemilihan PKR kali ini.

Hans dan Altimet dijangka berdepan enam yang lain, termasuk penyandang Ketua Cabang, Mohd Kamri Kamaruddin bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang manakala Afdlin Shauki akan berdepan dengan Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad bagi merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa.

Sementara itu, jelas Md Shukri, semua pihak harus terbuka dan sekiranya artis itu layak untuk bertanding, mereka juga harus diberikan peluang dan mempunyai hak untuk bertanding.

Artikel Berkaitan: