DBKL sita, kompaun perniagaan milik warga asing

Semua barang yang disita dibawa ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. - Foto FB DBKL
Semua barang yang disita dibawa ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. - Foto FB DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 14 perniagaan milik warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan khas di sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara, di sini pada Selasa.

Unit Media DBKL menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu memaklumkan operasi dilakukan terhadap warga asing yang berniaga tanpa lesen serta halangan di tempat awam.

DBKL turut memberitahu, satu notis kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 terhadap premis yang membuat halangan tred perniagaan di laluan kaki lima.

"Kesemua barang sitaan dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

"Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke masa," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Artikel Berkaitan: