Rohana masih disiasat, SPRM minta jangan buat spekulasi

Rohana
Rohana
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung dana AS$10 juta yang diberikan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Rohana Rozhan.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung aset-aset berkenaan.

"SPRM masih lagi menyiasat kes berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan kes tersebut masih dijalankan.

Pada Rabu, media melaporkan Rohana telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh Leissner kepadanya.

Menurut sumber, Rohana menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Februari lalu, Leissner memberitahu Mahkamah New York dia memberi Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs, Roger Ng, yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014

Artikel Berkaitan:

Roger yang juga bekas pegawai bank Goldman Sachs turut didapati bersalah oleh Mahkamah AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada 1MDB.

Keputusan oleh juri di negara berkenaan diumumkan oleh mahkamah di Brooklyn.