Kekecohan sembang santai Najib: 11 laporan diterima polis

Gambar mahasiswa memegang plakad turut dikongsikan di laman sosial milik bekas Perdana Menteri itu. - Foto Facebook Najib
Gambar mahasiswa memegang plakad turut dikongsikan di laman sosial milik bekas Perdana Menteri itu. - Foto Facebook Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima 11 laporan berhubung kekecohan yang berlaku ketika program sembang santai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebuah restoran di hadapan Universiti Malaya (UM), semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini proses merakam keterangan beberapa individu masih dijalankan.

"Polis akan merekod keterangan daripada kedua-dua pihak terlibat selain saksi-saksi di lokasi terbabit.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, insiden bermula apabila sekumpulan penuntut dilihat membawa dan memegang plakad yang antara lain tertera perkataan “Najib Tak Malu” dan “Pulangkan Duit Rakyat” selain karikatur badut yang menyerupai Najib.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya kesal dengan pergaduhan ini: Najib

Tindakan itu menyebabkan penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar sebelum berlaku kekecohan.

Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya ditenangkan polis yang berada di lokasi.

Artikel Berkaitan:

Program yang bermula jam 3 petang itu dihadiri kira-kira 30 mahasiswa UM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berdialog berhubung isu semasa bersama bekas Perdana Menteri itu.