Video tentera Rusia musnahkan dron Ukraine

Rakaman video menunjukkan sebuah peluru berpandu dilancarkan dari sebuah kapal tentera Rusia di luar pantai Crimea baru-baru ini. - Foto Sputnik
Rakaman video menunjukkan sebuah peluru berpandu dilancarkan dari sebuah kapal tentera Rusia di luar pantai Crimea baru-baru ini. - Foto Sputnik
A
A
A

MOSCOW - Rusia pada Selasa menunjukkan satu rakaman video yang menunjukkan sebuah peluru berpandu dilancarkan dari sebuah kapal tentera negara itu bagi memusnahkan drone milik Ukraine baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, dron Bayraktar milik Ukraine dimusnahkan di luar pantai barat Crimea oleh sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari kapal frigat Armada Laut Hitam tentera milik Rusia.

Rakaman berkenaan juga menunjukkan peluru berpandu tersebut menyasarkan dron milik Ukraine di ruang angkasa di luar pantai Crimea.

Tentera Rusia telah menghapuskan objek tentera Ukraine sejak beberapa minggu lalu dengan menggunakan senjata berketepatan tinggi untuk melancarkan serangan terhadap infrastruktur Ukraine.

Sejak permulaan operasi khas di Ukraine, Rusia telah menghapuskan pelbagai jenis pesawat termasuk sekurang-kurangnya 441 buah dron negara musuh itu, kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Tentera Rusia menceroboh Ukraine sejak 24 Februari lalu atas arahan Presidennnya, Vladimir Putin. - Agensi

Artikel Berkaitan: