Kanak-kanak lelaki rentung ditemukan bawah timbunan zink

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MIRI - Seorang kanak-kanak lelaki rentung sementara seorang lelaki warga emas melecur 30 peratus di bahagian belakang badannya, dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kediaman di Kampung Masjid, Kuala Baram dekat sini petang tadi.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Muhd Ikram Abdullah, 12, di mana mayatnya ditemukan di bawah timbunan zink rumah berkenaan, apabila kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira jam 6.21 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, warga emas berusia 60 tahun itu, merupakan di antara tujuh penghuni rumah berkenaan yang berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

"Sebaik saja panggilan kebakaran diterima pada jam 4.59 petang, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dengan kekuatan 10 anggota, satu jentera serta tiga kenderaan bomba digerakkan ke lokasi,” katanya ketika dihubungi malam Selasa.

Selain itu, lapan anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral turut berkejar ke tempat kejadian, yang terletak kira-kira 35 kilometer dari balai berkenaan. Punca kebakaran itu masih lagi dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: