Rebut tawaran hebat kempen ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) bersedia untuk menarik bakal pembeli rumah dengan satu lagi kempen yang dinamakan ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’.

Melalui kempen ini, bakal pembeli rumah berpeluang untuk membawa pulang wang tunai e-dompet bernilai lebih daripada RM541,800 dan menikmati enam tawaran tambahan dengan setiap pembelian rumah idaman di LBS.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya, penyertaan untuk kempen ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’ akan diterima bagi pembeli rumah yang membeli projek perumahan LBS terpilih bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2022.

​​​​​​​Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San
​​​​​​​Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San, berkata, dengan peralihan kepada fasa endemik Covid-19 pada 1 April lalu dan penarikan semula sekatan untuk waktu operasi perniagaan, LBS yakin bahawa kempen terbaru ini merupakan platform terbaik untuk bakal pembeli rumah bagi mendapatkan rumah idaman mereka.

“Sebagai usaha menyokong pemulihan kewangan yang terjejas dari pandemik, LBS selaku Pemaju Perumahan Rakyat menggariskan pelan komprehensif jangka panjang seiring dengan dengan agenda perumahan kerajaan yang bakal meningkatkan peluang pemilikan pemilikan rumah di kalangan rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Pelancaran kempen pemasaran ‘Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda’ ini merupakan salah satu inisiatif kami, di mana pembeli rumah bukan sahaja dapat menikmati penjimatan besar apabila membeli rumah, tetapi juga berpeluang memenangi wang tunai e-dompet, sekaligus menjadikan sambutan raya tahun ini sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,”katanya.

Menurutnya, enam tawaran menarik kempen itu termasuk yuran guaman percuma, ganjaran kesetiaan, skim bayaran fleksi, yuran tempahan rendah, tiada caj pembatalan dan pakej kelengkapan perabot.

“Sempena musim perayaan ini, hadiah bernilai lebih dari RM2,000 dan RM5,000 sedia untuk dimenangi melalui peraduan ‘Count Your Ketupat’ dan peraduan-peraduan atas talian yang bakal menyusul. Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang untuk memenangi peraduan ‘Kisah Rezeki Saya’ di media sosial rasmi LBS,”katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran menarik lain, layari https://raikanrezeki.lbs.com.my/atau www.lbs.com.my, atau hubungi 1700 81 8998.