Banglo milik keluarga Jho Low disita

Kediaman milik keluarga Jho Low disita polis dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
Kediaman milik keluarga Jho Low disita polis dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
A
A
A

GEORGETOWN - Kediaman milik keluarga ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low disita polis dipercayai ada kaitan dengan siasatan penyelewengan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, kediaman yang beralamat di No 69, Tanjung Bungah Park di Tanjung Bungah, di sini, disita polis Bukit Aman bahagian Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA), sejak 17 Januari lalu.

Tinjauan yang dilakukan mendapati terdapat notis dilekatkan di bahagian dinding berdekatan pagar rumah berkenaan yang menamakan ibu Jho Low, Goh Gaik Ewe, 66 sebagai pemilik banglo tiga tingkat itu.

Notis sitaan yang ditampal pada dinding berhampiran pintu pagar.
Notis sitaan yang ditampal pada dinding berhampiran pintu pagar.

Notis sitaan rumah berkenaan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara dan dibuat mengikut sub Seksyen 4 (1) AMLA 2001.

Difahamkan, banglo bernilai RM15 juta itu sebelum ini dihuni keluarga Jho Low namun kini mereka dipercayai berada di luar negara.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran, ketika dihubungi berkata enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan: