Isteri Undang Luak Rembau meninggal dunia

Tok Puan Siti Ramalah Yunus, isteri kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.
Tok Puan Siti Ramalah Yunus, isteri kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.
A
A
A

SEREMBAN - Tok Puan Siti Ramalah Yunus, isteri kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.

Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin berkata, Allahyarhamah, 77, meninggal dunia di kediaman rasmi Datuk Undang Luak Rembau kira-kira 9.15 pagi Isnin.

"Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas asar. Allahyarhamah dan Datuk Muhamad Sharip memiliki enam anak lelaki,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

"Saya serta seluruh barisan kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan turut berdoa agar roh Allahyarhamah diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan soleh. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini," katanya menerusi Facebook di sini pada Isnin.

Jenazah akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau sebelum dibawa ke Kampung Mungkal, Rembau untuk dikebumikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: