Rodziah sahkan tanding Ketua Wanita PKR

Rodziah Ismail
Rodziah Ismail
A
A
A

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengesahkan bertanding jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sesi pemilihan parti itu penggal 2022/2025.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor itu berkata, beban tanggungjawab serta merta dirasai beliau selepas mendaftar untuk bertanding dalam pemilihan parti.

“Dugaan yang mendatang beberapa tahun kebelakangan ini telah mematangkan PKR.

“Pengalaman yang matang ini perlu dijelmakan dengan tingkah laku yang mencerminkan secara jelas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Selain Rodziah, turut mengesahkan bertanding jawatan Ketua Wanita PKR ialah pengamal undang-undang, Senator Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Rodziah menambah, anggota parti daripada pelbagai lapisan dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengikuti rapat perkembangan PKR.

“Teruslah mengharmonikan hubungan, mengikat etika dan bersemangat mencartakan gagasan pembangunan masa hadapan demi kebaikan parti dan negara.

“Pesanan saya kepada pasukan dan semua calon, jadilah contoh pemimpin yang didambakan rakyat bermula daripada sekarang. Usah ragu-ragu dengan isi dan nilai yang mampu anda tawarkan demi PKR,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: