Kompleks Masjid Al-Muttaqin beri kemudahan kepada semua golongan

Kompleks Masjid Al-Muttaqin menawarkan kemudahan kepada semua golongan untuk menginap di pondok bagi mendalami ilmu agama.
Kompleks Masjid Al-Muttaqin menawarkan kemudahan kepada semua golongan untuk menginap di pondok bagi mendalami ilmu agama.
A
A
A

KOTA BHARU - Kompleks Masjid Al-Muttaqin menawarkan kemudahan kepada golongan warga emas, asnaf dan masyarakat sekitar untuk menginap di pondok bagi mendalami ilmu agama menerusi pelbagai program berkait solat, kuliah dan sebagainya yang telah disusun secara sistematik oleh pihak pengurusan.

Pengerusinya, Mohamad Khalid El Muhammady Uthman El Muhammady berkata, kompleks yang terletak di Kampung Hutan Pasir, Ketereh itu turut berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu dalam kalangan masyarakat.

“Menariknya pusat ini dilengkapi dengan kemudahan 40 buah pondok yang akan memberikan suasana kondusif dalam melaksanakan amal ibadat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kompleks ini turut dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu al-Quran yang merangkumi pembelajaran, tahsin dan tadabbur.

Beliau berkata, selain itu kempen Rumah Ngaji/Quran Hour turut diadakan bagi mengimarahkan masjid yang terletak di kawasan pondok dengan kuliah dan pengajian agama.

Mohamad Khalid El Muhammady berkata, peluang turut diberikan kepada warga emas, asnaf dan masyarakat yang berkelayakan untuk menginap di sini dan bersama-sama menyusun program secara terperinci.

Dana berjumlah RM163,140 masih diperlukan bagi menyiapkan Kompleks Masjid Al-Muttaqin.
Dana berjumlah RM163,140 masih diperlukan bagi menyiapkan Kompleks Masjid Al-Muttaqin.

“Pada masa sama, kita turut memberi peluang kepada masyarakat untuk berwakaf dan berinfak sebagai amal jariah.

Artikel Berkaitan:

“Pihak kami masih memerlukan dana berjumlah RM163,140 bagi menyiapkan kompleks ini,” ujar beliau.

Menurutnya, jumlah keseluruhan pembinaan adalah RM480,000 dan kutipan yang diterima setakat ini sebanyak RM316,860.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN 0300 4410 0010 5054 dan Maybank 5530 5641 2276 atau boleh menghubungi 013-971 1197, 011-1020 6547 dan 012-949 0933.