Warga emas maut pangsapuri terbakar

Seorang warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri, di Medan Warisan, Tanah Putih. - Foto Ihsan Bomba
Seorang warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri, di Medan Warisan, Tanah Putih. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di Medan Warisan, Tanah Putih pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa, Ramle Mohamad, 64, dipercayai terperangkap dalam bilik tidur di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang sebelum 32 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan Kuantan bergegas ke lokasi.

"Kebakaran tersebut membabitkan seorang lelaki yang terperangkap. Mangsa berjaya dikeluarkan tetapi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ismail memberitahu, mangsa terperangkap di dalam bilik seluas kira-kira 0.92x0.92 meter persegi dengan anggaran kebakaran 80 peratus.

Artikel Berkaitan: