Pegawai tadbir direman bantu siasatan kes rasuah

Seorang pembantu pegawai tadbir sebuah agensi dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat untuk mendapatkan tempoh reman bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Seorang pembantu pegawai tadbir sebuah agensi dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat untuk mendapatkan tempoh reman bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pembantu pegawai tadbir sebuah agensi direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 antara 2020 hingga tahun lalu.

Perintah reman pembantu pegawai berusia 32 tahun dikeluarkan oleh Majistret Melody Woon Sze Mun pada Jumaat hingga Isnin ini.

Menurut sumber, suspek ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada jam 12.30 tengah hari Khamis selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan pada 2020 hingga tahun lalu, suspek yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan telah meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek.

Tindakan itu sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek yang hendak dipohon oleh kedua-dua individu tersebut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: