X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Lebih sejuta visa umrah dikeluarkan kerajaan Arab Saudi setakat ini

Gambar hiasan. - Foto AFP
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1,045,898 visa umrah dan seramai 895,499 jemaah tiba di negara itu setakat ini sejak musim ibadah umrah 1443H dibuka semula pada Ogos 2021.

Angka itu berdasarkan ketibaan jemaah yang direkodkan di kesemua pintu masuk utama Arab Saudi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Daripada jumlah itu, sebanyak 822,736 ketibaan dan 648,858 berlepas melibatkan jemaah menggunakan laluan udara, manakala 72,687 ketibaan dan 50,548 berlepas adalah jemaah laluan darat, katanya.

"Hanya 148 pergerakan jemaah direkodkan menerusi laluan laut, masing-masing 76 ketibaan dan 72 berlepas”, katanya merujuk statistik setakat 7 April 2022 disediakan Agensi Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Ziarah di Madinah.

Mengenai aplikasi ‘Eatmarna’, data itu menyatakan sebanyak 2,534,396 permit ziarah Raudhah telah dikeluarkan melibatkan 611,625 jemaah tempatan, 935,661 jemaah antarabangsa dan 987,110 pengunjung.

Bulan lepas, Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib, penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di negara itu.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!