Tekanan hidup dipercayai punca lelaki bogel di lobi hotel

Tangkap layar seorang lelaki berbogel di lobi sebuah hotel di Genting Highlands di Bentong pada Rabu.
Tangkap layar seorang lelaki berbogel di lobi sebuah hotel di Genting Highlands di Bentong pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki yang didapati berbogel di khalayak ramai di lobi sebuah hotel di Genting Highlands pada Rabu dipercayai mengalami tekanan hidup.

Difahamkan lelaki terbabit datang ke pusat peranginan itu bersama isteri dan dua anak berusia dua dan lima tahun untuk bercuti.

Rakaman video durasi 15 saat yang tular memaparkan lelaki berkenaan menanggalkan semua pakaiannya di hadapan anak dan isteri sebelum bertindak duduk dan tunduk.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki tersebut berusia 48 tahun bertindak menanggalkan semua pakaian di sebuah lobi hotel, kira-kira jam 4.20 petang.

Menurutnya, orang awam telah menghubungi polis bantuan sejurus melihat kejadian terbabit.

"Lelaki terbabit ke Balai Polis Genting sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut.

"Berdasarkan maklumat daripada isterinya, lelaki itu bekerja sebagai pembantu jualan dan dipercayai mengalami tekanan akibat tidak cukup tidur," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menjelaskan polis masih menunggu laporan perubatan bagi mengenal pasti punca kejadian termasuklah mempunyai masalah mental dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kes berkenaan tidak berpunca daripada perjudian.