Hatrik Darren lebur TFC di Petaling Jaya

Darren Lok (kanan) mengawal bola ketika menentang TFC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu - Foto Bernama.
Darren Lok (kanan) mengawal bola ketika menentang TFC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu - Foto Bernama.
A
A
A

PJ City memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila membelasah Terengganu FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu.

Tanpa kudrat import, The Phoenix kendalian P Maniam nyata tidak terkesan dengan kehadiran tenaga import skuad asuhan Nafuzi Zain yang merupakan antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan liga musim ini.

Kelibat penyerang berdarah kacukan, Darren Lok menjadi duri dalam daging kepada pelawat sepanjang perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

Darren mengunakan sepenuh pengalaman untuk mencetak tiga gol bermula minit ke-13', 32' dan 39', sekali gus menghadirkan kemenangan kedua liga selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan PJ City melonjak ke tangga ketiga liga dengan enam mata, tiga mata di belakang kelab tangga kedua Kedah Darul Aman dan pendahulu yang juga juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Artikel Berkaitan: