Manipulasi media Barat

Jurutera lapangan dari Perkhidmatan Kecemasan Ukraine sedang melakukan pembersihan periuk api di jalan raya di Bucha, Ukraine. - AFP
Jurutera lapangan dari Perkhidmatan Kecemasan Ukraine sedang melakukan pembersihan periuk api di jalan raya di Bucha, Ukraine. - AFP
A
A
A

MOSCOW - Media Ukraine dan Barat telah menuduh Rusia melakukan genosid orang awam di bandar Bucha dan Moscow menegaskan situasi tersebut adalah provokasi direka oleh Kiev untuk disiar media Barat, lapor laman media Sputnik.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, Barat cuba sabotaj rundingan antara Rusia dan Ukraine dengan mencetuskan provokasi di Bucha.

Pegawai tertinggi Rusia itu menyatakan provokasi di Bucha berlaku sama seperti di Ukraine dan di Crimea.

Katanya, sekiranya cubaan Barat berterusan, kemungkinan terdapat risiko rundingan antara Rusia dan Ukraine akan mengulangi nasib sama seperti perjanjian Minsk dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Kenyataan dibuat Lavrov ketika media Barat dan Ukraine menyemarakkan naratif bahawa Rusia adalah dalang di sebalik pembunuhan besar-besaran di bandar Bucha dan mengepilkan gambar mayat bergelimpangan di jalan raya di bandar tersebut.

Bagaimanapun, gambar-gambar itu dipersoalkan kerana ramai pemerhati berkata, 'mayat' itu bergerak atau berdiri apabila kamera melepasi mereka.

Moscow berkata bahawa dakwaan kekejaman di Bucha 'satu lagi provokasi' dilancarkan media Barat untuk memfitnah Rusia.- Agensi

Artikel Berkaitan: