Presiden Ukraine sindir kekacauan terbaharu di Rusia

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden (kiri) dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. - AFP
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden (kiri) dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. - AFP
A
A
A

KIEV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata bahawa pemberontakan bersenjata yang dilancarkan anggota tentera upahan Wagner adalah bukti ketidakstabilan politik yang wujud di Rusia.

"Kelemahan Rusia adalah jelas. Kelemahan skala penuh dan semakin lama Rusia mengekalkan tentera dan askar upahan di negara kita, lebih banyak huru-hara dan masalah dihadapi nanti," katanya dalam kenyataan di media sosial.

"Ukraine mampu melindungi Eropah daripada penyebaran kejahatan dan kekacauan dicetuskan Rusia," tambahnya.

Kekacauan yang sedang meningkat naik menandakan cabaran paling serius kepada Putin dan krisis keselamatan berbahaya di Rusia sejak beliau berkuasa pada tahun 1999.

Zelenskyy mendakwa Putin menjerumuskan ratusan ribu orang dalam perang yang berlangsung sejak tahun lalu.

"Sejak sekian lama, Rusia menggunakan propaganda untuk menutup kelemahan dan kebodohan kerajaannya," tambahnya dalam kenyataan tersebut. - AFP