KKM sedia bekerjasama libat kajian ganja

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kerjasama kepada pihak industri dan ahli akademik bagi menjalankan kajian klinikal berkaitan penggunaan CBD atau ‘cannabidiol’ bagi tujuan perubatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kajian itu boleh diselaraskan dengan kerjasama antara Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan Clinical Research Malaysia (CRM).

"Banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan sejak akhir-akhir ini. KKM konsisten mengamalkan dasar berasaskan bukti.

"Sebab itu kita mengalu-alukan kajian klinikal berhubung penggunaan CBD untuk tujuan perubatan," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, KKM masih belum menerima sebarang laporan penuh mengenai kajian klinikal setakat ini.

"Ia masih lagi lebih ke arah perbincangan dan advokasi media sosial.

"KKM mengalu-alukan pihak industri atau ahli akademik bagi menjalankan penyelidikan penggunaan CBD untuk perubatan. Kita sedia bekerjasama," jelasnya.

Artikel Berkaitan: