Empat penyelam warga asing dikhuatiri lemas

Usaha mengesan kesemua penyelam warga asing itu mulai diaktifkan bermula jam 2.45 petang pada Rabu.
Usaha mengesan kesemua penyelam warga asing itu mulai diaktifkan bermula jam 2.45 petang pada Rabu.
A
A
A

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor mengaktifkan operasi carilamat (SAR) bagi mengesan empat penyelam warga asing yang dipercayai lemas di Pulau Tokong Sanggol di sini, pada Rabu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.35 petang.

“Berdasarkan maklumat, kita percaya terdapat empat penyelam warga asing yang tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar jam 12 tengah hari pada Rabu.

“Mangsa terdiri daripada dua lelaki warga Britain berusia 14 tahun dan 46 tahun, seorang wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan seorang wanita warga Norway berusia 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Nurul Hizam berkata, operasi carilamat turut melibatkan aset daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.

“Sehingga jam 4 petang, tiada sebarang penemuan mangsa lagi yang mana sehingga kini keluasan pencarian adalah dianggarkan seluas 21.45 batu nautika persegi,” katanya.

Artikel Berkaitan: