632,382 rakyat Ukraine lari ke Romania sejak konflik tercetus

Krisis Ukraine-Rusia masih tiada titik noktah. Foto AFP
Krisis Ukraine-Rusia masih tiada titik noktah. Foto AFP
A
A
A

BUCHAREST - Seramai 632,382 warga Ukraine memasuki Romania sejak konflik melanda, lapor agensi berita Agerpres.

Menurut Inspektorat Am Polis Sempadan (IGPF) pada Selasa seramai 7,524 warga Ukraine melarikan diri ke Romania, meningkat sebanyak 4.6 peratus berbanding hari sebelumnya.

Kira-kira 4,305 daripadanya masuk melalui sempadan Ukraine manakala 1,593 pelarian lagi masuk menerusi sempadan Moldova.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 1,480 orang awam terbunuh dan 2,195 cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraannya pada 24 Februari, dengan jumlah sebenar dikhuatiri jauh lebih tinggi.

Lebih 4.24 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara lain, manakala lebih 7.1 juta lagi hilang tempat tinggal. - Bernama

Artikel Berkaitan: