Rusia tarik balik rayuan terhadap keputusan FIFA

Kesatuan Bola Sepak Rusia menarik balik rayuannya terhadap keputusan FIFA. - Gambar hiasan
Kesatuan Bola Sepak Rusia menarik balik rayuannya terhadap keputusan FIFA. - Gambar hiasan
A
A
A

ANKARA - Kesatuan Bola Sepak Rusia (FUR) menarik balik rayuannya terhadap keputusan FIFA untuk menggantung pasukan negara itu daripada playoff kelayakan Eropah Piala Dunia 2022 susulan konflik Rusia-Ukraine, umum Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Selasa.

FUR memaklumkan perkara itu kepada mahkamah pada 30 Mac, lapor Agensi Anadolu.

Pada 8 Mac, FRU telah mengemukakan rayuan kepada CAS selepas negara itu dikecualikan daripada pertandingan FIFA dan UEFA ekoran konflik dengan Ukraine. - Bernama

Artikel Berkaitan: