Tidak wajar paksa murid berpuasa

Perkongsian Cikgu Fadli Salleh di laman Facebook beliau pada Selasa.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh di laman Facebook beliau pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang guru yang juga aktivis sosial, Mohd Fadli Salleh menegur sikap guru yang terlalu tegas dalam memaksa murid sekolah rendah berpuasa.

Mohd Fadli berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar dalam usaha mendidik kanak-kanak berpuasa.

"Setiap anak-anak berbeza ketahanan. Tok sah (tak perlu) datang bawa cerita 'Aku dulu puasa siap pikul beg jalan kaki 10 kilometer lagi'. Atau suka bawa cerita anak sendiri, 'Anak saya umur 4 tahun dah puasa, ok saja'.

"Setiap budak-budak ini tak sama. Tak payah jadikan anak kita atau diri kita dulu kayu ukur konon anak kita boleh, anak orang pun boleh juga," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Beliau turut berkongsi pautan seorang doktor perubatan rehabilitasi, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang kisah kanak-kanak yang hadir ke klinik dalam keadaan lemah hanya kerana cikgu tidak benarkan murid tu berbuka di sekolah.

Selain itu, beliau turut memberi penekanan terhadap satu lagi pautan daripada seorang pengguna Facebook yang berkongsi kisah anak yang mengalami efek kesihatan yang teruk kerana takut untuk berbuka puasa selepas biskut yang dibawa diambil oleh gurunya.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan mengalami muntah sepanjang malam, lemah badan, demam panas dan terpaksa mendapatkan rawatan serta dimasukkan air dalam badan.

"Didik anak-anak berpuasa, namun jangan paksa mereka hingga memudaratkan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Baca perkongsian ini dan harap-harap cikgu-cikgu yang terlalu tegas bab paksa budak kecil puasa ni sedarlah bahawa tindakan mereka itu salah," katanya.