[VIDEO] Menteri Indonesia tolak cadangan bahasa Melayu bahasa rasmi kedua ASEAN

Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim. - Agensi
Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim menolak cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua rasmi ASEAN.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada jam 4 petang (waktu tempatan), Nadiem berkata, adalah lebih wajar menganggap bahawa Indonesia sebagai bahasa ASEAN, dengan mengambil kira kelebihan sejarah, undang-undang dan linguistiknya.

"Saya sebagai Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi, sudah tentunya menolak cadangan itu.

"Walaubagaimanapun, atas keinginan rakan jiran kita untuk mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, sudah tentu hasrat ini perlu dikaji dan dibincangkan lebih lanjut di peringkat serantau," katanya.

Nadiem menambah, beliau menggesa seluruh komuniti untuk bekerjasama secara dekat dengan kerajaan untuk terus memperkasakan dan mempertahankan bahasa Indonesia.

Kenyataan menteri tersebut muncul selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada 1 April lalu bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo bersetuju dengan cadangan Putrajaya iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN suatu hari nanti. - Agensi

Artikel Berkaitan: