Israel pukul, tahan penduduk Palestin ketika bersedia berbuka puasa

Pasukan keselamatan Israel melakukan rondaan di luar Pintu Damsyik. - Foto AFP
Pasukan keselamatan Israel melakukan rondaan di luar Pintu Damsyik. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel menyerang dan menahan penduduk Palestin yang berkumpul di Bab al-Amoud atau Pintu Damsyik selama tiga malam berturut-turut.

Pintu Damsyik merupakan salah sebuah pintu masuk utama ke Kota Lama untuk menyambut bulan Ramadan.

Agensi berita Palestin, Ma'an berkata, tentera Zionis menggunakan gas pemedih mata dan bom bunyi untuk menyuraikan penduduk Palestin yang berkumpul untuk berbuka puasa di Bab al- Amoud pada malam Isnin.

Tambahnya, sekurang-kurangnya enam pemuda Palestin ditangkap semasa pertempuran itu manakala tiga lagi ditahan pasukan khas Israel yang menyamar.

Menurut media Palestin, Zionis merampas Bab al-Amoud sejak awal Ramadan dan menjadikan kawasan itu sebagai berek tentera dengan menempatkan sejumlah besar pasukannya di sana.

Keganasan terbaharu itu berlaku selepas polis Israel menahan 10 penduduk Palestin dan mencederakan 20 yang lain di kawasan sama pada Ahad.

Pegawai agensi media Wafa berkata, konfrontasi bermula sleepas polis Israel meningkatkan kehadiran pasukannya secara besar-besaran di kawasan tersebut dan meletakkan penghadang di kedua-dua bahagian sejak mula Ramadan. - Agensi

Artikel Berkaitan: