Pemandu peribadi dipukul, disamun sekumpulan lelaki

Rakaman mangsa dipukul sekumpulan lelaki di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam di sini pada Ahad, tular di media sosial.
Rakaman mangsa dipukul sekumpulan lelaki di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam di sini pada Ahad, tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal cedera selepas diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian samun di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang juga bekerja sebagai pemandu peribadi mengalami kecederaan di tangan, lebam di mata dan pipi akibat dipukul sekumpulan lelaki pada jam 4.30 pagi.

"Isteri mangsa membuat laporan selepas kejadian itu mendakwa suaminya mengalami kerugian apabila telefon bimbit, dompet yang mengandungi dokumen penting serta wang RM50 telah disamun oleh suspek. Motosikal mangsa turut dibawa lari oleh kumpulan lelaki tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan kumpulan lelaki tersebut sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-55202222," katanya.

Artikel Berkaitan: