Zaizul Rizal Ketua Polis Daerah Pasir Puteh baharu

Zaizul Rizal (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Ediansha (kiri) sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Puteh baharu sambil disaksikan oleh Shafien (tengah) sempena Majlis Serah Terima Tugas, pada Selasa.

A
A
A

PASIR PUTEH - Superintendan Zaizul Rizal Zakaria secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Puteh yang baharu berkuatkuasa pada Selasa.

Sebelum itu jawatan tersebut disandang oleh Deputi Superintendan Ediansha Endal yang kini menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.

Langkah itu selari dengan perjawatan oleh Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan yang mahu Superintendan mengetuai kepimpinan di peringkat daerah.

Majlis Serah Terima Tugas antara kedua-dua pihak itu berlangsung di Dewan Impiana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Artikel Berkaitan: