PH beri jaminan semua ahli Parlimen sokong RUU Anti Lompat Parti

Majlis Presiden PH mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri pada Selasa bagi memberikan jaminan sokongan terhadap RUU Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 11 April ini
Majlis Presiden PH mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri pada Selasa bagi memberikan jaminan sokongan terhadap RUU Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 11 April ini
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan bahawa kesemua ahli Parlimen akan memberikan sokongan bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April ini.

Gabungan parti berkenaan turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat seperti yang telah diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen.

“Pimpinan utama PH telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.

“Majlis Presiden PH memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen PH akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan pindaan Perlembagaan ini,” katanya pada Selasa.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Dalam pada itu, Anwar juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing.

“Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: