Sila log masuk terlebih dahulu.

Kelewatan RUU Anti Lompat parti bukan disengajakan - Armizan

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2023

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bukan sengaja dilewatkan sebaliknya kerana proses kajian secara menyeluruh mengambil masa demi kestabilan politik.

Beliau berkata, pelbagai prosedur telah dilaksanakan bagi membolehkan RUU itu dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.

Jelasnya, peruntukan undang-undang diluluskan di peringkat Persekutuan perlu dilihat terlebih dahulu sebelum dilaksana di Sabah bagi memastikan keseimbangan bukan sahaja dari segi parti tetapi juga suara rakyat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #RUUAntiLompatParti