Xavi janji Barcelona akan berjuang hingga saat akhir

Pedri meraikan jaringannya ketika bantu Barcelona tewaskan Sevilla di Camp Nou awal pagi Isnin..
Pedri meraikan jaringannya ketika bantu Barcelona tewaskan Sevilla di Camp Nou awal pagi Isnin..
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi berjanji akan terus berjuang habis-habisan sehingga pasukannya mustahil secara matematik untuk memenangi kejuaraan LaLiga apabila berjaya naik ke tangga kedua liga pada Ahad

Menurutnya, dia yakin walaupun terdapat jurang yang besar dengan Real Madrid, namun pasukannya mampu untuk mencabar Madrid sehingga ke perlawanan terakhir liga.

"Selagi perkara tersebut (menjuarai liga) tidak mustahil, selagi itu pasukan akan berjuang kerana kami masih ada potensi untuk bergelar juara.

"Saya sangat positif, saya percaya pada kerja, usaha, pengorbanan dan kerja kolektif," katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Camp Nou itu, Barcelona berjaya memintas Atletico Madrid dalam carta liga apabila menumbangkan Sevilla 1-0 hasil jaringan tunggal Pedri pada minit ke 72.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan Catalan itu kekal dengan 12 mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid, namun Barcelona menamatkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah Sevilla dalam liga pada perlawanan itu, selain tidak tewas dalam 14 perlawanan LaLiga di laman sendiri.

"Ini adalah saat terbaik buat kami pada musim ini. Kami telah menguasai lawan yang hebat dengan pertahanan terbaik dalam LaLiga.

"Sevilla adalah pasukan yang kuat dan Julen Lopetegui adalah jurulatih yang hebat. Jadi kami sangat gembira kerana berjaya mengatasi mereka," ujarnya.

Artikel Berkaitan: