‘Pemanasan global semakin serius’ - Sharifah Mazlina

Akmal (kiri), Sharifah Mazlina dalam sidang media dan menyambut balik Misi pelayaran ‘Climate Force 2041 (CF2041)’ di sini pada Ahad.
Akmal (kiri), Sharifah Mazlina dalam sidang media dan menyambut balik Misi pelayaran ‘Climate Force 2041 (CF2041)’ di sini pada Ahad.
A
A
A

SEPANG - All Women Empowerment To Accelerate (AWETA) melancarkan Malaysia Climate Change Ranger Club susulan peningkatan pemanasan global di Antartika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.

Ikon Ratu Kutub Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, penubuhan kelab itu berikutan pemerhatian mereka di Antartika setelah mendapati bongkah-bongkah ais semakin hancur dan cair.

Menurutnya, keadaan di sana menimbulkan kerisauan lebih-lebih lagi Malaysia telah mengalami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.

“Alhamdulillah saya sangat teruja sebab banyak kali masuk ke kutub Antartika dan kami melihat dengan mata kepala sendiri banyak bongkah-bongkah ais yang sudah pecah, hancur dan sangat mengerikan.

Keadaan bongkah ais yang semakin pecah dan cair disebabkan pemanasan global.
Keadaan bongkah ais yang semakin pecah dan cair disebabkan pemanasan global.

“Ini yang saya nak kongsi kepada rakyat Malaysia supaya sedar pemanasan global sudah semakin serius. Malah sehari sebelum sampai ke persisiran Antartika itu kita sudah nampak bongkah hanyut ke lautan besar.

“Jadi ini bukan perkara kecil yang boleh dianggap main-main dan perkara serius lebih-lebih lagi Malaysia sudah mengalami musim monsun yang lari kebiasaan seperti banjir dan sebagainya,” katanya dalam sidang media dan menyambut balik Misi pelayaran ‘Climate Force 2041 (CF2041)’,di sini, pada Ahad.

Pada 7 Mac lalu, Dr Sharifah Mazlina dan Muhammad Khairul Akmal Adam telah berlepas ke Antartika pada 14 Mac bagi menyertai misi pelayaran ‘Climate Force 2041 (CF2041)’ untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu selama 12 hari.

Artikel Berkaitan:

Misi berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran itu disertai 215 peserta daripada 92 buah negara.

Mengulas lanjut mengenai penubuhan kelab tersebut, Sharifah Mazlina berkata, isu pemanasan global menjadi topik utama dan rakyat Malaysia perlu memandang serius perubahan cuaca yang berlaku masa kini.

Antara kehidupan di Antartika.
Antara kehidupan di Antartika.

“Rakyat Malaysia perlu pandang serius dengan perubahan cuaca dan hari ini juga secara eksklusif saya mengumumkan kelab tersebut dilancarkan hari ini (Ahad).

“Sila daftar segera di bawah www.aweta.org tidak kira umur, sekolah atau sesiapa sahaja sebab mereka perlu sedar untuk terlibat dalam memperjuangkan perubahan ini,” ujarnya.

Tambah Sharifah Mazlina, program selama 12 hari di sana dipenuhi dengan perkongsian daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada mahasiswa dan pemain industri berhubung isu perubahan cuaca.

“Program ini sangat ilmiah dan dapat satu pengalaman secara 'hands-on' atau praktikal.

“Kita lihat sendiri dalam kapal itu penuh dengan program-program pengisian seperti ‘speaker corner’, mereka bentang dapatan mereka.

“Dan yang terbaru bagaimana mereka menangkap karbon dan diproses semula menjadi minyak. Justeru, rata-rata pengisian sangat penuh, padat serta menarik,” jelasnya.

Sharifah Mazlina (kiri), Muhammad Khairul Akmal di Antartika.
Sharifah Mazlina (kiri), Muhammad Khairul Akmal di Antartika.

Sementara itu, seorang protege lelaki, Muhammad Khairul Akmal, 20, berkata, pengalaman kali pertama menjejak kaki di Antartika membuatnya tekad untuk berkongsi secara meluas mengenai isu pemanasan global supaya anak muda dapat melibatkan diri dalam misi itu.

“Apabila di sana, saya sangat takut kalau satu kutub itu cair 100 peratus yang akan menyebabkan banyak bencana alam berlaku.

“Banyak solusi saya telah dapat daripada program di sana untuk bantu mengurangkan pemanasan global.

“Saya akan menulis perkongsian dan memberikan kesedaran kepada anak muda dan akan kongsikan projek CSR ini kepada semua,” jelasnya.