Rodgers kesal keputusan pengadil

Rodgers. - Foto Getty Images
Rodgers. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers kesal dengan keputusan pengadil ketika berdepan Manchester United di Old Trafford, pada Ahad.

Menurut Rodgers, banyak keputusan daripada pengadil perlawanan Andre Marriner dilihat agak meragukan pada perlawanan berkenaan.

“Bagi saya, Marriner banyak membuat keputusan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, apabila pemain United, McTominay (Scott), melakukan kekasaran terhadap James Maddison.

“Ketika itu, McTominay seharusnya dilayangkan kad merah dan diperintahkan keluar padang, namun pemain berkenaan hanya menerima kad kuning selain diberikan amaran.

Untuk rekod, pada perlawanan berkenaan, penyerang Leicester, Kelechi Iheanacho membuka jaringan pada minit ke-63 sebelum pemain United Fred menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-66.

Pada minit ke-80, Maddison berjaya menjaringkan gol namun jaringan berkenaan tidak disahkan pengadil, setelah meneliti rakaman VAR.

Sementara itu, Rodgers turut kesal dengan keputusan daripada video pembantu pengadil (VAR) yang tidak mengesahkan jaringan Maddison pada minit ke-80.

Katanya, pembatalan jaringan berkenaan menyaksikan The Foxes gagal meraih kemenangan pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Selain kecewa dengan keputusan tidak melayangkan kad merah kepada McTominay, saya juga kesal apabila jaringan Maddison pada minit ke-80 tidak disahkan.

“Saya kecewa kerana jaringan berkenaan mungkin menjadi jaringan kemenangan buat The Foxes kali ini,” katanya.