Sultan Selangor zahir ucapan selamat menyambut Ramadan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat di Selangor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat di Selangor.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda mengingatkan semua umat Islam untuk meningkatkan keimanan dan menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah serta menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah.

"Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, sesungguhnya aku berpuasa hari ini (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim), " menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Titah baginda lagi, Ramadan adalah peluang terbaik untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala dan melakukan amal kebaikan dalam usaha menjadi khalifah ALLAH SWT yang benar-benar beriman dan muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Baginda juga berkenan menasihatkan umat Islam untuk kembali mengimarahkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini selepas prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan dan saf kembali dirapatkan.

"Namun baginda mahu umat Islam terus berwaspada dan tidak lalai dalam menjaga SOP yang masih berkuat kuasa demi mengelak jangkitan wabak Covid-19 daripada terus merebak," tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: