Saifuddin Nasution sahkan tanding jawatan Timbalan Presiden PKR

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

KOTA BHARU- Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, pada pemilihan parti akan datang.

Beliau memaklumkan hasratnya itu kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Cabang Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan di Mulong, di sini hari ini.

Mengenai Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu, Saifuddin berkata mereka berdua menawarkan diri bertanding untuk mengukuhkan parti.

"Saya mengalu-alukan Naib Presiden PKR Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden. Rafizi adalah aset parti kerana beliau seorang yang kreatif, intelektual, tinggi daya juang dan dihormati rakan serta lawan,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata persaingan antara mereka berdua adalah tawaran dua rakan, yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi yang diizinkan dalam perlembagaan PKR.

Artikel Berkaitan: