Tiada atlet Pahang digugurkan daripada program latihan kebangsaan

Mohd Johari
Mohd Johari
A
A
A

KUANTAN - Tiada atlet dari Pahang yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan.

Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, kesemua 13 atlet Program Podium dan tiga atlet Pelapis Kebangsaan dari negeri ini masih dikekalkan menjalani latihan.

“Mereka sedang menjalani latihan persediaan bagi tiga temasya utama tahun ini iaitu Sukan Sea 2022,Vietnam, Sukan Komanwel 2022 Birmingham, England dan Sukan Asia 2022 Hangzhou, China.

“Malah, mereka juga menjadi keutamaan Majlis Sukan Pahang dalam membantu atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dalam kejohanan peringkat kebangsaan sebagai syarat melayakkan diri mewakili negara ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian soalan tambahan menjawab soalan Sim Chon Siang (PH-Teruntum) yang ingin tahu sama ada atlet dari Pahang tersenarai dalam 144 atlet negara yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan.

Menurutnya, Majlis Sukan Pahang telah selesai menyiapkan Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021-2030 (REVOS2030) yang bertujuan untuk kemajuan sukan negeri ini khususnya.

Katanya, lima teras strategik utama iaitu Kelestarian Bakat Sukan, Atlet Sukan Berprestasi Tinggi, Fasiliti Sukan Berkualiti, Keutuhan Sokongan Persatuan dan Komuniti serta Profesionalisme Pengurusan Sukan.

"Semua ini menjadi panduan untuk memastikan Pahang terus komited melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negara," katanya.

Artikel Berkaitan: