18,000 solidariti buat mangsa pengganas Christchurch

Hampir 18,000 orang di Dunedin, di sini, berhimpun di Stadium Forsyth Barr. -Foto Dunedin City Council
A
A

DUNEDIN - NEW ZEALAND. Hampir 18,000 orang di Dunedin, di sini, berhimpun malam tadi bagi menzahirkan mesej solidariti buat 51 umat Islam yang dibunuh di Christchurch, Jumaat lepas.

Mereka berkumpul di Stadium Forsyth Barr bagi menyatakan kepada dunia bahawa “Kami adalah satu komuniti dan semua berhak duduk di sini”.

Tragedi berdarah di Christchurch, Jumaat lepas menggemparkan dunia malah seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, turut terkorban dalam insiden itu.

Jenazah Allahyarham Mohd Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurh selepas Zohor waktu tempatan, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbangan #Sinar4NZMartyrs selamat diserah kepada mangsa

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga sempat melawat tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, Nazril Hisham Omar dan Mohd Tarmizi Shuib di Hospital Christchurch, New Zealand.

Beliau juga sempat bertemu dengan keluarga mangsa serta rakyat Malaysia yang tinggal di sana yang telah banyak membantu urusan mangsa dan keluarga mereka di sini.

Sebelum itu, Mujahid sempat menunaikan Solat Jumaat di Hagley Park South, Christchurch bersama masyarakat Muslim di sana.