Sila log masuk terlebih dahulu.

RUU Anti Lompat Parti: Ahli Parlimen BN wajib hadir 11 April

Ahmad (kiri) menyerahkan bantuan moreh Ramadan kepada wakil masjid dan surau di Parlimen Pontian pada Khamis.
Ahmad (kiri) menyerahkan bantuan moreh Ramadan kepada wakil masjid dan surau di Parlimen Pontian pada Khamis.
A
A
A

PONTIAN - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diwajibkan hadir pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen yang akan diadakan pada 11 April ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kehadiran mereka yang terdiri daripada 38 ahli Parlimen dari UMNO, dua dari MCA, seorang dari MIC dan seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) disifatkan cukup penting pada sesi berkenaan.

Katanya, pindaan RUU terbabit memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan daripada shli Parlimen atau dua pertiga bagi membolehkan ia diluluskan dan menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia kelak.

Menurut beliau, pembentangan RUU itu juga menjadi salah satu usul semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru dan sewajarnya diberikan perhatian oleh semua ahli-ahli Parlimen.

“Secara peribadi, saya telah mengsyorkan Akta Anti Lompat Parti dilakukan ketika BN dan UMNO menjadi pembangkang pada bulan Disember tahun 2018 apabila berlakunya perbuatan tersebut oleh ahli-ahli Parlimen UMNO ‘melompat’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tindakan tersebut menyebabkan UMNO ‘kehilangan’ 15 ahli Parlimen yang menyertai Bersatu, seorang menyertai Parti Warisan (Warisan) dan Tengku Razaleigh Hamzah yang memilih menjadi ahli Parlimen bebas,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan moreh Ramadan di Benut di sini pada petang Khamis.

Ahli Parlimen Pontian itu menegaskan, pindaan perlembagaan tersebut perlu diluluskan pada bulan ini juga memandangkan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir untuk diadakan.

“Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada tahun 2018 apabila berlaku kejadian ‘lompat parti’, ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu sama menyokong pindaan ini.

Artikel Berkaitan:

"UMNO dan BN berharap pindaan tersebut akan diluluskan bagi memastikan tiada lagi tindakan ahli Parlimen yang mempermainkan mandat yang telah diberikan oleh pengundi," katanya.