Raja Salman sumbang 57 tan kurma

Mahmoud (dua kiri) menyerahkan simbolik penyerahan kurma kepada Mohd Hussain ketika majlis penyerahan kurma hadiah Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud di pekarangan pejabat Atase Agamanya di Jalan U-Thant pada Khamis.
Mahmoud (dua kiri) menyerahkan simbolik penyerahan kurma kepada Mohd Hussain ketika majlis penyerahan kurma hadiah Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud di pekarangan pejabat Atase Agamanya di Jalan U-Thant pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Arab Saudi mengadakan majlis penyerahan kurma hadiah Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di pekarangan pejabat Atase Agamanya di Jalan U-Thant di sini.

Sebanyak 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh itu untuk diagihkan kepada pelbagai agensi termasuk Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, pejabat mufti negeri, jabatan agama Islam negeri, masjid, surau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan juga media.

Sumbangan disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

Mahmoud berkata, selain pengagihan kurma, baginda (Raja Salman) juga bakal menyumbang lebih 20,000 naskah al-Quran terjemahan pelbagai bahasa kepada masjid dan NGO seluruh negara.

“Ini merupakan usaha berterusan baginda dalam menyantuni umat Islam di bukan sahaja di negara ini bahkan di seluruh dunia termasuk di benua Eropah dan Afrika yang mempunyai komuniti terbesar umat Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas penyerahan kurma di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa syukur dengan pembukaaan sempadan dan negara yang sudah memasuki fasa endemik.

“Ini merupakan permulaan yang baik untuk Malaysia dan saya yakin selepas Ramadan ini pelancong khususnya dari Arab Saudi akan datang ke Malaysia,” katanya.

Hadir sama, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Al-Khaadem, Sheikh Mohd Hussain Abdullah berkata, pemberian kurma berkenaan besar ertinya kepada masyarakat Islam di negara ini.

“Hubungan baik negara dan Arab Saudi menjadi contoh bahawa Islam itu bersatu,” katanya.

Mohd Hussain berkata, acara tahunan berkenaan menjadi perhatian kerana sumbangan yang diberikan begitu besar bagi mengimarahkan Ramadan.