Muda sediakan 10 laptop percuma kepada pelajar

Kenyataan Muda Perak berhubung pemberian 10 komputer riba percuma. (Gambar hiasan)
Kenyataan Muda Perak berhubung pemberian 10 komputer riba percuma. (Gambar hiasan)
A
A
A

IPOH - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak menyediakan 10 komputer riba percuma kepada pelajar terutama kalangan B40 yang memerlukan bagi tujuan pembelajaran.

Ketua Biro Kebajikan Pelajar Muda Perak, T Ahvinraaj berkata, pemberian komputer riba itu digerakkan susulan terkesan dengan tindakan seorang pensyarah yang memarahi pelajarnya kerana tidak mempunyai komputer riba dan bersikap merendah-rendahkan pelajar B40 sepertimana video tular.

Menurutnya, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sepatutnya menggunakan pengaruh yang ada untuk membantu pelajar dengan bersikap empati dan bukannya memaki.

"Daripada kutuk orang yang memerlukan bantuan, lebih baiklah hulurkan lah bantuan.

"Di Muar (Johor), Muda berjaya kumpulkan dana dan membantu menyalurkan 1,620 laptop serta tablet untuk pelajar yang memerlukan dan di Perak, kita akan lakukan hal yang sama.

"Peringkat awal ini, sebanyak 10 komputer riba percuma disediakan. Jadi mana-mana pelajar yang memerlukan boleh menghubungi Muda Perak dengan segera di talian 016-719 5674," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sebelum ini, video memaparkan pensyarah tersebut memarahi pelajarnya ketika sesi pembelajaran maya telah tular di Twitter sejak Selasa malam.

Selain meminta kakak pelajar tersebut menjual gelang emas untuk membeli komputer, kata-kata pensyarah tersebut yang seolah-olah menghina golongan B40 turut mengundang kemarahan netizen.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!