Buka sempadan: KJ sekali lagi beri penerangan

KJ menerusi video dalam ciapan di akaun Twitternya pada Selasa.
KJ menerusi video dalam ciapan di akaun Twitternya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang 1 April, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi memberikan penerangan kepada pengembara luar negara berkenaan pembukaan sempadan.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau berkongsi langkah-langkah penting yang perlu dilakukan sebelum melancong ke negara ini.

“Muat turun aplikasi MySejahtera dan daftar akaun. Tekan ikon ‘traveller’ (pelancong) dan isi borang prapelepasan.

“Ambil ujian PCR dalam masa dua hari sebelum berlepas. Anda hanya boleh melancong jika keputusan ujian anda negatif,” katanya dalam ciapan akaun Twitter rasminya pada Selasa.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.

Mengulas lanjut Khairy berkata, sebaik sahaja memuat turun semua aplikasi dan borang, pengembara boleh pergi ke laman web mysafetravel.gov.my untuk mengesahkan sijil vaksinasi mereka.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, ia sangat mudah. Anda hanya cop pasport anda, ambil bagasi dan anda boleh pergi.

“Masih ada perkara lagi yang perlu anda lakukan iaitu mengambil ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di mana-mana fasiliti kesihatan swasta.

Artikel Berkaitan:

“Anda juga boleh melakukannya di lapangan terbang. Untuk maklumat lanjut mengenai protokol perjalanan ke Malaysia mulai 1 April, layari mysafetravel.gov.my,” jelasnya.