UiTM dinobat perintis Rakan Alam Sekitar Kluster Kampus

UiTM dinobatkan sebagai perintis Rakan Alam Sekitar (RAS) Kluster Kampus untuk memupuk kesedaran mahasiswa melibatkan diri dalam melestarikan alam sekitar. - Gambar hiasan
UiTM dinobatkan sebagai perintis Rakan Alam Sekitar (RAS) Kluster Kampus untuk memupuk kesedaran mahasiswa melibatkan diri dalam melestarikan alam sekitar. - Gambar hiasan
A
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinobatkan sebagai perintis Rakan Alam Sekitar (RAS) Kluster Kampus untuk memupuk kesedaran mahasiswa melibatkan diri dalam melestarikan alam sekitar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, UiTM juga boleh menjadi gelombang dalam usaha melestarikan alam sekitar itu sehingga dijadikan budaya masyarakat kampus.

“Objektif penubuhan RAS ialah untuk menjadi 'nukleus' penyebaran kesedaran terhadap alam sekitar dan ejen membanteras jenayah pencemaran alam sekitar.

“Justeru RAS akan berpaksikan kepada lima kluster utama iaitu Kluster RAS Agensi, Kluster RAS Kampus, Kluster RAS Sekolah, Kluster RAS Industri dan Kluster RAS Komuniti,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Program Sustain The World Virtual Camp 2022 (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, di sini.

Ujar beliau, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyasarkan supaya RAS itu diwujudkan di setiap universiti dalam negara dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Tuan Ibrahim (dua dari kanan) merasmikan Majlis Penutup Program Sustain The World Virtual Camp 2022 (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, di sini pada Selasa.
Tuan Ibrahim (dua dari kanan) merasmikan Majlis Penutup Program Sustain The World Virtual Camp 2022 (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, di sini pada Selasa.

“Sasaran kita yang pertama adalah untuk membuat pelancaran di semua universiti dan seramai yang mungkin tetapi kita yakin banyak agensi yang mengambil bahagian.

“Ini kerana UiTM mempunyai rangkaian di semua negeri-negeri dan hampir 185,00 pelajar dan 20,000 kakitangan. Ini satu angka yang sangat besar dan boleh jadi satu gelombang ke arah mereka terlibat sama dalam usaha melestarikan Alam Sekitar," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Pembangunan UiTM, Prof Datuk Ts Dr Mohd Fozi Ali berkata, objektif utama penubuhan tersebut adalah untuk meningkatkan penglibatan anggota masyarakat secara ‘hands-on’ dengan menjadi ‘mata dan telinga’ untuk membantu agensi kerajaan dalam membanteras kegiatan merosakkan alam sekitar.

“Penglibatan warga UiTM dapat membantu pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menjaga kelestarian alam sekitar melalui penubuhan RAS UiTM Student Chapter di bawah kelolaan kolej pengajian kejuruteraan untuk mendokong semua aktiviti kelestarian alam yang akan dijalankan oleh warga UiTM.

“Ini dapat memastikan penglibatan warga UiTM sejajar dengan matlamat pembangunan mampan/Sustainable Development Goals (SDGs)," katanya.