Mancini mahu kekal kemudi Itali

Roberto Mancini
Roberto Mancini
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini mahu kekal mengemudi Azzurri meskipun pasukan tersebut gagal ke Piala Dunia 2022 di Qatar hujung tahun ini.

Menurut Mancini, setakat ini tiada sebarang desakan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) menyingkirkan dirinya dan percaya badan induk bola sepak Itali itu akan menyokongnya untuk terus mengemudi Itali

"Saya sudah bercakap dengan Presiden FIGC Gravina, kami bersependapat tentang segala-galanya.

"Saya ingin kekal bersama pasukan ini memandangkan usia saya masih muda. Saya mahu memenangi satu Kejuaraan Eropah dan satu Piala Dunia, jadi untuk Piala Dunia kena tunggu lama sedikit

"Jadi mari kita lupakan kekecewaan gagal ke Piala Dunia dan lihat pada perlawanan yang akan kita hadapi selepas ini.

"Saya juga telah berbincang dengan Gravina mengenai apa yang perlu dilakukan selepas ini bagi memperbaiki pasukan Itali pada masa akan datang," katanya.

Terdahulu, pasukan bimbingan Mancini itu gagal menjuarai peringkat kumpulan pusingan kelayakan Piala Dunia dan tewas 0-1 kepada Macedonia Utara dalam separuh akhir pusingan play off di Palermo pada Jumaat lalu yang menyaksikan mereka gagal ke Piala Dunia 2022 hujung tahun ini.

Kegagalan tersebut sekaligus meningkatkan spekulasi mengenai masa depan bekas pengurus Manchester City itu bersama Itali.

Artikel Berkaitan: