Kilang pemasangan Porsche pertama di luar Eropah mula beroperasi

Jeffri Salim (dua kiri) dan Detlev von Platen (dua kanan) ketika sidang media semasa pelancaran Majlis Perasmian Kilang Pemasangan Porsche Tempatan di Malaysia, pada Isnin.
Jeffri Salim (dua kiri) dan Detlev von Platen (dua kanan) ketika sidang media semasa pelancaran Majlis Perasmian Kilang Pemasangan Porsche Tempatan di Malaysia, pada Isnin.
A
A
A

KULIM - Sime Darby dan Porsche melancarkan pembukaan kilang bagi pemasangan tempatan kenderaan Porsche model Cayenne yang pertama di Malaysia dan luar Eropah, di sini pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kolaborasi yang terjalin dan kepercayaan yang dibina selama lebih sedekad, merealisasikan hasrat peminat Porsche Malaysia, sekali gus membuka peluang tenaga kerja kepada komuniti setempat khususnya penduduk Utara.

Menurutnya, pembukaan kilang pemasangan berkenaan merupakan yang pertama untuk kenderaan Porsche di luar Eropah.

"Kejayaan ini membuktikan komitmen kepada negara dalam merancakkan ekonomi sekali gus membuka peluang peniagaan dan pekerjaaan kepada rakyat tempatan," katanya ketika pelancarkan Majlis Perasmian Kilang Pemasangan Porsche Tempatan di Malaysia di sini, pada Isnin.

Pelancaran itu disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen berkata, pemasangan model Cayenne di Kulim, Kedah itu khusus untuk pasaran tempatan sahaja.

Menurutnya, kejayaan itu telah menggariskan kepentingan mengembangkan potensi Porsche di pasaran Malaysia dan rantau ASEAN.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga menunjukkan keyakinan kami terhadap Sime Darby sebagai rakan kongsi yang kukuh," katanya.